Analisis catatan terbuka, sentimen dan kata kunci utama
19
58% daripada semua catatan
8
24% daripada semua catatan
6
18% daripada semua catatan
Frekuensi perkataan yang paling kerap muncul
33 catatan dipaparkan
Pelaksanaan Prakarsa MyPG disambut baik oleh pihak guru-guru dalam membantu tugas
Guru-guru amat berpuas hati dengan kerja-kerja yang diselesaikan oleh MyPG, MyPG mempunyai kemahiran IT yang tinggi adalah bonus, berharap agar kadar upah MyPG dinaikkan.
MyPG melaksanakan tugas yang diberikan dengan penuh kerjasama dan tanggungjawab. Mendapat sokongan dan kerjasama yang baik daripada guru-guru
Pelaksanaan Prakarsa MyPG bukan sahaja membantu guru meringankan beban tugas, malah MYPG berpendapat peluang yang diberikan telah membantu meningkatkan kemahiran dan pengetahuan masing-masing. Guru-guru mengharapkan agar Prakarsa MyPG diteruskan.
Prakarsa MyPG amat berguna kepada kita
Pihak pentadbir sentiasa memberi kerjasama dengan MyPG
MyPG dapat melaksanakan tugas dengan baik
MyPG perlu dilaksanakan untuk kemudahan semua pihak
Baik dan setuju
MyPG dilaksanakan dengan baik dan mengikut panduan
Pentadbir masih belum mendapat gambaran yang jelas skop tugas MyPG. Masih ada MyPG yang membuat kerja² perkeranian AKP.
Baik dan setuju
Guru mendapat manfaat daripada MyPG secara tidak langsung daripada arahan dan skop tugas MyPG yang ditetapkan para pentadbir. Walaupun begitu, guru-guru masih tidak jelas apakah skop tugas MyPG secara keseluruhannya.
Prakarsa MyStep PG - memenuhi objektif prakarsa iaitu mengurangkan beban kerja guru dalam aspek perkeranian, MyPG memahami skop kerja dan berinteraksi dengan guru. Cadangan - supaya skop kerja MyPG diperluaskan kepada semua aspek tugas guru (kecuali PdP) bukan hanya tumpou kepada aspek tertentu sahaja contoh hanya skop tugas peperiksaan atau HEM sahaja.
Guru bersetuju dengan inisiatif MyPG memang tujua yang baik untuk nebgurangkan beban kerja guru, dan guru boleh fokus kepda pdp dan kemanjadian murid, cuma guru kurang menggunakan bantuan mypg.
Pentadbir perlu diberikan penerangan lebih jelas dan terperinci berkenaan skop tugas MyPG
- MyPG melaksanakan tugasan mengikut keperluan. - Tidak semua guru mendapat manfaat daripada MyPG - Pentadbir ada memberikan tugasan 'relief' kepada MyPG
- MyPG faham dan dapat melaksanakan tugasan dengan baik - Pentadbir sekolah ada sediakan satu sistem/dashboard permohonan perkhidmatan MyPG untuk semua guru - Guru² faham bidang tugas MyPG dan menggunakan perkhidmatan mereka dengan efisien
- MyPG dapat melaksanakan tugasan dengan efisien - Belum ada sistem yang teratur untuk menggunakan khidmat MyPG
MEMBANTU DALAM PENGURUSAN GURU AKHIR TAHUN. PERSEDIAAN PROGRAM, PERSEDIAAN SIJIL. BOLEH DITAMBAHBAIK DENGAN MELUASKAN SKOP TUGAS... TAMBAH BILANGAN MYSTEP MENGIKUT ENROLMENT
MyPG belum digunakan secara maksimum oleh pihak sekolah. Hasil temubual, guru tidak faham tentang tugasan yang boleh diberi pada MyPG.
PENGURUSAN MYSTEP BOLEH DITAMBAHBAIK DARI SEGI PENGURUSAN.
Pentadbir masih belum mengoptimumkan peranan MySTEP Pembantu Guru dalam membantu tugas-tugas guru kerana masih kurang jelas bidang/jenis tugas yang boleh dilaksanakan oleh pembantu guru. Sekolah tiada kaedah/cara yang jelas/berstruktur untuk guru-guru meminta bantu pembantu guru selain permohonan secara lisan menyebabkan bilangan guru yang menggunakan pembantu guru tidak menyeluruh.
Pentadbir kurang jelas peranan MySTEP Pembantu Guru menyebabkan peranan pembantu guru tidak dapat dioptimumkan. Sekolah juga tiada kaedah/mekanisme yang jelas dalam menyusun/menyelaras permohonan guru-guru untuk menggunakan pembantu guru.
Pentadbir tidak jelas bidang tugas/peranan MySTEP Pembantu Guru. Catatan harian pembantu guru tidak disemak oleh pentadbir. Penulisan Borang Output tidak menepati tugas sebenar pembantu guru. Permohonan oleh guru dibuat secara lisan kepada Pengetua/Penolong Kanan Pentadbiran kerana sekolah tiada kaedah/mekanisme/sistem yang lebih baik. Hanya sebilangan guru terutama bidang kurikulum memanfaatkan pembantu guru, manakala bidang lain belum menyeluruh.
Semua berjalan baik...
MyPG telah diberi taklimat oleh pihak PPD dan faham dengan skop tugas yang diberikan.
pelaksanaan MyPg tahun ini lebih baik dan dirasai oleh guru pada tahun ini
Tinjauan awal pelaksanaan inisiatif Personel MySTEP Pembantu Guru (MYPG) di SMK Batu Sapi mendapati program ini berkesan dan wajar diteruskan kerana membantu mengurangkan beban pentadbiran guru, khususnya dalam pengurusan peperiksaan, dokumentasi program, laporan dan pengemaskinian media sosial sekolah. Walau bagaimanapun, arahan tugasan MYPG hendaklah melalui pengetua serta berdasarkan skop tugas yang ditetapkan, dan tidak boleh dijadikan pengganti kerani kerana peranan utama MYPG adalah membantu guru. Terdapat juga cadangan agar gred gaji MYPG dinaikkan ke tahap diploma pada masa hadapan selaras dengan kemahiran dan sumbangan mereka kepada sekolah.
MyPG mendapat taklimat skop tugas daripada pihak PPD dan memahami tugas2 yang diberikan. Cadangan kepada MyPG untuk berbincang bersama Pentadbir untuk menetapkan kerja/tugas harian; juga MyPG dicadangkan untuk menyediakan buku log&/folio yang disahkan oleh pihak pentadbir.
Rumusan dapatan menunjukkan bahawa inisiatif MySTEP Pembantu Guru sangat sesuai diteruskan kerana berjaya mengurangkan beban tugas pentadbiran dan pengkeranian guru melalui bantuan pengurusan data, dokumentasi, peperiksaan serta tugasan sokongan sekolah. Kehadiran personel MySTEP turut diterima baik oleh guru kerana mereka membantu meningkatkan kecekapan pengurusan sekolah tanpa terlibat dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Namun demikian, terdapat kekangan dalam penggunaan sistem IDME bagi pengurusan kehadiran murid serta kekeliruan guru mengenai prosedur penugasan kepada personel MySTEP. Sehubungan itu, dicadangkan agar bilangan personel ditambah mengikut keperluan sekolah, termasuk mempertimbangkan lantikan berkelulusan diploma bagi tugasan tertentu, di samping memperjelaskan garis panduan penugasan kepada guru serta menempatkan personel khusus untuk pengurusan kehadiran murid bagi memastikan peranan MySTEP dapat dioptimumkan sepenuhnya.
Untuk memperkukuh keberkesanan pelaksanaan MySTEP Pembantu Guru, dicadangkan agar penempatan personel diperluaskan ke lebih banyak sekolah berdasarkan nisbah bilangan murid bagi memastikan manfaat program dapat dinikmati secara lebih menyeluruh, khususnya di sekolah yang mempunyai enrolmen tinggi. Selain itu, sekiranya skop tugas diperluaskan kepada tugasan yang lebih kompleks seperti penyediaan draf surat rasmi dan pengurusan dokumen profesional, kelayakan jawatan wajar dinaik taraf ke peringkat diploma dengan kadar gaji yang bersesuaian. Langkah ini bukan sahaja dapat meningkatkan kecekapan pengurusan sekolah, malah memastikan kebajikan, motivasi dan produktiviti pembantu guru terus terpelihara sejajar dengan tanggungjawab yang diamanahkan.
Bagi meningkatkan keberkesanan pelaksanaan inisiatif MySTEP Pembantu Guru, beberapa penambahbaikan dicadangkan. Antaranya ialah menambah bilangan pembantu guru berdasarkan nisbah murid atau guru bagi memastikan agihan sokongan yang lebih seimbang mengikut keperluan sekolah. Selain itu, skop dan bidang tugas pembantu guru perlu diperincikan melalui garis panduan yang jelas bagi mengelakkan pertindihan tugas serta memastikan mereka dapat membantu dalam urusan pentadbiran yang benar-benar mengurangkan beban guru. Pembantu guru juga wajar diberikan akses terhad kepada sistem tertentu seperti IDME dan sistem berkaitan yang bersesuaian bagi meningkatkan kecekapan pengurusan data dan kehadiran murid. Di samping itu, latihan serta sesi orientasi berkala perlu disediakan untuk meningkatkan kompetensi pembantu guru dalam aspek pengurusan pejabat, dokumentasi dan penggunaan teknologi. Secara keseluruhannya, inisiatif ini wajar diteruskan dan diperkukuh kerana terbukti membantu mengurangkan tugas bukan hakiki guru, sekali gus membolehkan mereka memberi tumpuan yang lebih optimum kepada proses Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) serta kesejahteraan profesional guru.